|
Selamat Datang Ke Portal Rasmi SK Kamunting |
|
Written by Mohd Zaini Hussain
|
|
Friday, 12 June 2009 |
|
 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurniaNya kita dapat sama-sama mengorak langkah untuk meneruskan perjuangan untuk mendidik anak bangsa yang tercinta. “Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri 2010” merupakan visi Sekolah Kebangsaan Kamunting. Ia merupakan deklarasi untuk melahirkan insan yang cemerlang dalam kurikulum, sahsiah dan kokurikulum selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hala tuju untuk mencapai matlamat ini, “Guru dan Staf Sokongan Berdedikasi, PIBG Berperanan, Murid Berdaya Saing, Tonggak Kejayaan Pendidikan Sekolah” dipilih sebagai misi sekolah. Justeru, setiap warga pendidik harus memainkan peranan dan akauntabiliti yang dinamik seterusnya melahirkan insan yang kamil. Pengembelengan tenaga yang padu juga adalah penting dalam usaha untuk membangunkan sumber manusia yang proaktif ke arah mencapai hasrat dan matlamat organisasi. Rakaman setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih sekalung budi kepada Tuan Pegawai PelajaranDaerah Larut Matang Dan Selama, semua warga pendidik Sekolah Kebangsaan Kamunting, staf sokongan dan pihak PIBG yang sentiasa memberi sokongan dan sumbangan dalam pelbagai situasi. Syabas dan tahniah kepada semua warga didik yang telah mengharumkan nama sekolah ke persada kebangsaan. Semoga Sekolah Kebangsaan Kamunting terpilih menjadi cemerlang. Kejayaan Sekolah adalah kebanggaan semua. “Berilmu Berakhlak Berjaya” Sekian, terima kasih. Abdull Aziz Bin Ahmad Guru Besar SK Kamunting |
|
Last Updated ( Tuesday, 27 April 2010 )
|
|
|
Minggu Ujian Pengesanan 2 |
|
Written by Webmaster
|
|
Monday, 09 August 2004 |
|
Ujian Pengesanan 2 Tahun 6 11-13 Mei 2010 Ujian Pengesanan 2 Tahun 1-5 25-27 Mei 2010. Semga Berjaya. |
|
Last Updated ( Monday, 26 April 2010 )
|
|
|
Written by Webmaster
|
|
Monday, 09 August 2004 |
|
Sabtu 24 Mei 2010 merupakan hari ganti persekolahan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010. Jadual persekolahan mengikut hari Isnin. Sekian |
|
Last Updated ( Monday, 26 April 2010 )
|
|
|
|